Pengasas Taska Keluarkan Jus Anasera




Meninggalkan kerjaya sebagai eksekutif perakaunan di sebuah institusi kewangan bukanlah suatu keputusan mudah, tetapi tidak bagi usahawan, Awang Mohd Redzuan Hasan.

Awang Mohd Redzuan yang juga Perancang Perniagaan Anak Pintar Centre (APC) Readiness Global Sdn Bhd, yang beroperasi di Melaka sanggup berhenti kerja untuk mengembangkan perniagaan pusat penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah jenama APC pada 2008.

Usahanya itu telah membawa APC berjaya mengembangkan cawangannya sehingga kini memiliki 12 cawangan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Taman Didikan Awal Kanak-kanak (Tadika) dan Pusat Jagaan (transit) di beberapa lokasi termasuk di institusi kerajaan sekitar Melaka dan Negeri Sembilan.

“Pembukaan cawangan APC pada awalnya dipelopori isteri saya iaitu Nor Raida Jalil, seawal tahun 2003. Saya hanya memantau dan membantunya kerana ketika itu saya masih bekerja sebagai eksekutif di bank. Bermula daripada satu cawangan, pada tahun berikutnya isteri berjaya mendapat tawaran untuk membuka Taska di institusi, iaitu Taska yang dibuka di pejabat-pejabat, sehingga kini ia semakin mendapat sambutan,”

Pada awal penubuhan, APC mengenakan bayaran Taska dan Tadika bermula RM280 sehingga RM300 bagi seorang bayi dan kanak-kanak.

Namun dari tahun ke tahun, Awang Mohd Redzuan berkata, persaingan Taska dan Tadika terutama dari segi harga dan yuran kanak-kanak menjadi satu perkara yang membimbangkan.

“Untuk keluar daripada persaingan yang sedemikian, kami mula melakukan kajian dan penyelidikan untuk menambah baik perkhidmatan kami,” 

Demi mahu mengembangkan lagi potensi APC, bermulalah langkah baharu bagi Awang Mohd Redzuan pada 2008 untuk fokus sepenuhnya pada APC bersama isterinya.

“Kami mulakan legasi baru dengan menambah baik modul, kepentingan makanan kesihatan dan aspek aktiviti perkembangan awal kanak-kanak serta spiritual dan sosial. Ternyata modul baru amat berkesan sehingga terus dipercayai oleh ibu bapa untuk menghantar anak ke APC,” 

Jus Anasera bantu kesihatan anak
Awang Mohd Redzuan turut mengakui, setelah mengikuti Kursus Asuhan Permata selama setahun, pemahaman mengenai dunia kanak-kanak lebih mendalam diperoleh.

“Daripada penelitian saya, perkembangan kanak-kanak bukan hanya pada pendidikan, tetapi faktor lain juga terutama pemakanan yang mempengaruhi pembentukan peribadi kanak-kanak. Pada 2006, syarikat mula mengorak langkah untuk menghasilkan produk suplemen Jus Anasera yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak lari dengan konsep perkembangan kanak-kanak,” katanya.

Jus Anasera tersebut dihasilkan dengan kerjasama Sirim terutama dari sudut pembangunan dan penyelidikan (R&D) sehingga berjaya dihasilkan.

Kandungan jus terdiri daripada ekstrak delima, kurma, madu, minyak ikan, habatus sauda dan pegaga.

Katanya, setelah R&D pertama pada 2006, pada 2016, pihaknya melakukan sekali lagi R&D untuk menambah baik produknya.

“Akhirnya enam bulan lalu, jus yang didatangkan dalam bentuk botol 275 mililiter ini mula dipasarkan dengan pembungkusan baru yang sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.

Sejak dipasarkan dengan pembungkusan baharu, Awang Mohd Redzuan berkata, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan.

“Lebih 1,000 kotak sebulan terjual secara atas talian dan platform e-dagang seperti Lazada dan 11street dengan harga RM79.90 untuk semenanjung dan 84.90 untuk Sabah dan Sarawak. Paling penting, setiap pembelian akan diinfakkan ke sekolah Tahfiz terpilih.Untuk maklumat lanjut mengenai produk, pelanggan boleh layari laman web www.anaseraworld.com," katanya.

Kembang cawangan, tingkat jualan produk

Awang Mohd Redzuan berkata, bagi perancangan masa hadapan APC, syarikatnya telah memikirkan untuk menubuhkan sekolah antarabangsa.

“Kami telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat antarabangsa yang akan menggabungkan modul pembelajaran dalam negara dan negara terlibat. Tetapi bila perancangan itu akan terlaksana, ia masih dalam perbincangan. Selain itu, untuk Taska, Tadika dan Pusat Jagaan APC, kami memang merancang untuk mengembangkan lagi ke negeri-negeri berdekatan,” 

Begitu juga halnya dengan produk suplemennya, Awang Mohd Redzuan berkata, pihaknya menyasarkan jualan sehingga 10,000 botol sebulan.


Sumber : Sinar Harian


DK

Post a Comment

Previous Post Next Post