Cuaca Sejuk Dan Kabus Tebal Di Kuala Krai

Seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Tualang memakai baju tebal berikutan cuaca sejuk, suhu 18.4 darjah Celsius.

Cuaca sejuk dan kabus tebal di Kuala Krai awal pagi tadi adalah disebabkan tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China dalam fasa monsun timur laut.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Al Adawiyah Zakaria, berkata Februari juga adalah tempoh yang mana suhu minimum harian terendah dicatatkan.

"Keadaan suhu sejuk ini juga berlaku di beberapa lokasi lain seperti Kerteh di Terengganu yang turut mencatatkan penurunan suhu minimum harian. Namun, tiupan angin terbabit tidak menyebabkan hujan lebat. Cuaca sejuk ini berlaku sejak semalam dengan suhu terendah 18.4 darjah Celsius bermula jam 6 hingga 8 pagi dan akan berubah kepada suhu maksimum pada waktu petang dengan mencecah 32.7 darjah Celsius,"

Kuala Krai pernah mencatat suhu paling rendah iaitu 15.7 darjah Celsius pada tahun 2014.



Sumber : Berita Harian Online

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post