Selawat Paling Ringkas Dan Besar Manfaatnya

Salam.

Saya kongsikan selawat yang ringkas tapi besar manfaatnya di sini sebagai peringatan bagi saya (yang selalu lalai) jika suatu hari nanti saya akan lupa pada selawat ini dan sebagai perkongsian untuk pembaca setia blog saya. Terima kasih.

Selawat ini saya terima dari sahabat dunia dan akhirat saya, yang di beri amanah dan dipesan oleh guru mursyidnya untuk diberikan khusus kepada saya.  

Kaifiatnya, sebagai permulaan selawat ini ada beberapa peringkat sebenarnya. Tapi saya bermula dengan kaedah ini :

Siang Hari

Baca 500 kali di waktu pagi, seeloknya dari waktu terbit matahari. Selepas habis bilangan 500 kali itu, teruskan berselawat dalam hati tanpa putus. Boleh berselawat dalam keadaan macam mana sekalipun. 

Malam Hari

Baca 1,000 kali selepas waktu Maghrib sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Selepas habis bilangan 1,000 kali itu, teruskan berselawat dalam hati tanpa putus. Boleh berselawat dalam keadaan macam mana sekalipun.

Buat secara berterusan setiap masa tanpa putus. Jika tak sempat buat pada hari itu, kita boleh qodho untuk hari sebelumnya dan boleh juga qodho untuk hari hadapan jika kita takut tak sempat nak buat. Yang ini untuk selawat yang wajib buat pada permulaan iaitu 500 kali dan 1,000. Tapi untuk selawat dalam hati, tak perlu qodho. Teruskan berselawat setiap masa.

Senang dan ringkas.


Sila rujuk tuan guru mursyid yang ahli, berkenaan dengan selawat ini jika mahu mengamalkannya. Pasti ada talian rohani dan keberkatannya. 




اللهم صَلِّ عَلَى مُحَمَّد

اللهم صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّم








0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Selawat Paling Ringkas Dan Besar Manfaatnya"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut