Pian K-Pop Dah Masuk TV Astro Ria


Entri santai kali ini menampilkan seorang Artis Kpop yang kacak dan bertapak di negeri Kelantan, Malaysia.

Pian Kpop telah dijemput sebagai tetamu dalam Motif Viral 2.0 pada episod kali ini. Dalam video tersebut memang sempoi dan kelakar. Beliau menceritakan perihal dirinya yang tiba-tiba menjadi viral.


Saksikan Motif Viral 2.0, Setiap Hari Khamis, Jam 11 Malam, Hanya di Astro Ria & Ria HD.


Pian Kpop satu nama yang sedang viral sekarang ini di media sosial dengan rakaman video-video lawaknya yang kadangkala amat keterlaluan membuatkan nitizen menyampah dengan lawaknya yang seakan-akan memperbodohkan diri sendiri. Tak kurang juga ada yang cuba mempertahankannya dengan kata-kata, biarlah dia berkarya dan dia tak kacau sesiapa pun.


Biar apa pun pandangan orang, pemilik nama asal Sufian Muhammad yang merupakan anak kelahiran Lati, Pasir Mas Kelantan ini tidak pernah marah dan melenting dengan segala komen-komen negatif yang berupa hinaan dan cacian dari nitizen. Apa yang penting dia terus berusaha untuk menunjuk bakat lawaknya dengan cara yang tersendiri demi satu kepuasan dan suka-suka sambil berhibur.


Bermula dari Facebook, sejak tahun 2013 dengan ID Abemat Berry. Namanya mula meningkat naik setelah menyertai group Facebook IRDK (Kelantan) menggunakan nama Sufian Muhammad dan Pakdo Rolir

Dengan nama Sufian Muhammad dia berkongsikan video-video lawaknya di IRDK (Kelantan), sebaliknya dengan nama samaran Pakdo Rolir dia berkongsi ilmu-ilmu perbomohan yang apa-apa entah.

Mari kita tengok video yang pertama di upload oleh Pian di Facebooknya suatu ketika dulu.




Video Terkini




Video Ketika Mengendalikan Segmen Teka Bunyi Di IRDK FM



Kekreatifan Pian Kpop


Hari demi hari videonya lawaknya yang dirakam oleh kawan baiknya Mat Yusuh dikongsikan oleh ratusan hingga keribuan pengguna Facebook termasuk artis terkenal, membuatkan namanya terus melonjak dan dikenali ramai keseluruh Malaysia. Peminatnya semakin hari semakin bertambah.

Bermula dari itu, rutin kehidupan Pian Kpop mulai berubah. Dari seorang jejaka kampung yang tiada siapa yang memperdulikannya, kini tempahan untuk review produk daripada orang perseorangan. kedai dan juga syarikat mula membanjiri. Secara tak langsung menjadi pendapatan sampingannya.



Mana-mana beliau pergi terus diburu peminat terutamanya gadis-gadis cantik yang ingin bergambar sebagai kenangan, Jemputan sana sini hingga kadang-kadang membuatkan dia tidak terlayan. Orang-orang yang dulu membencinya kini mula meminatinya secara diam-diam.



DK

Post a Comment

Previous Post Next Post