Peraduan Save N Win Bank Muamalat

Kempen Save N Win Bank Muamalat

Terma-terma dan Syarat-syarat seperti berikut adalah tertakluk pada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) 

1. Kempen “Save ’n’ Win” akan bermula dari 09hb Januari 2016 sehingga 08hb Julai 2017.

2. Kempen ini terbuka kepada semua para pelanggan individu baru dan sedia ada BMMB yang bermastautin di Malaysia. 

3. Berikut adalah individu dan/atau organisasi yang TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen ini: - 

  • Pemegang akaun korporat dan komersil; dan/atau 
  • Kakitangan tetap dan/atau kontrak BMMB dan MISB; dan/atau Ahli keluarga terdekat kakitangan BMMB dan MISB; dan/atau 
  • Individu yang berumur di bawah 18 tahun. 

4. Untuk Akaun Bersama, pemegang akaun utama sahaja yang akan menjadi peserta yang layak. 

Bilangan penyertaan akan ditentukan mengikut jumlah setiap akaun tanpa mengira bilangan akaun bersama dalam Akaun Simpanan-i di BMMB. 

5. Pelanggan sedia ada Akaun Simpanan-i (Tawarruq) ONE REACH (TARSA ONE REACH) 

  • Para pelanggan yang layak menyertai Kempen ini perlu memberikan kebenaran bertulis (dengan mengisi Borang Permintaan Perkhidmatan) untuk menukarkan sementara produk TARSA ONE REACH ke Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win” di cawangan BMMB yang terdekat. 
  • Dengan menandatangani borang permohonan, pelanggan mengakui latihan penukaran dan telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat bagi Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win dan TARSA ONE REACH. 
  • Setelah tamat tempoh Kempen, Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win” akan ditukar secara automatik kembali kepada TARSA ONE REACH. 
  • Selain daripada di atas, pelanggan juga boleh memilih untuk membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win” yang BARU untuk layak menyertai Kempen ini. 
6. Pelanggan sedia ada bagi lain-lain Akaun Simpanan 

  • Para pelanggan dikehendaki membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win” yang BARU. 
  • Setelah tamat tempoh Kempen, Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win” akan ditukar secara automatik kembali kepada TARSA ONE REACH. 
7. Pelanggan baru 

  • Para pelanggan perlu membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win”. 
  • Setelah tamat tempoh Kempen, Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Save ‘n’ Win” akan ditukar secara automatik kembali kepada TARSA ONE REACH. 



DK

Post a Comment

Previous Post Next Post