Saintis Temui Tasik Dalam Laut Yang Menakjubkan

Keajaiban Allah itu ada dimana-mana sahaja. Subhanallah.

Sebagai contoh, para saintis berjaya menemukan sebuah tasih dalam laut di Teluk Mexico dan apa yang menghairankan, haiwan-haiwan yang melalui kawasan tasik itu pasti akan mati.



Tasik yang dinamakan Jacuzzi of Despair itu merupakan antara salah satu benda yang sangat menarik di laut dalam. Bukan sebarang tasik, air juga turut mengalir seperti mana kita lihat air sungai mengalir ketika berada atas dunia ini.


Menurut saintis, air tasik ini mengandungi toksik merana dan hydrogen sulfide yang akan menyebabkan haiwan, manusia atau benda hidup yang cuba berenang di tasik ini akan menyebabkan maut. Hanya bakteria, cacing tiub dan udang sahaja yang mampu hidup di tasik itu.




Jemput tengok video di bawah ini. Kita boleh lihat pelbagai hidupan laut yang mati dalam tasik tersebut. Bukan itu sahaja, air tasik ini juga turut mengalir keluar dari tasik ini.

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post