Ya Hayyu Ya Qoyyum La Ilaha Illa Anta 40 Kali



Keramat Syaikhona Kholil Bangkalan

Berkat keramat Mbah Kholil Bangkalan, sekarang banyak penduduk Madura yang sudah menetap di Arab Saudi

Ini awal dari kisah keramat beliau :

Setiap petang, beliau meminta kepada Tuan Guru Syech Abdul Ghoni bin Subuh bin Ismail Al Bimawy (Bima, Sumbawa) seraya berkata "Ya Tuan Guru, saya ingin pulang".

"Pulang ke mana", tanya Tuan Guru.

"Ke Madura", jawab Mbah Kholil.

Tuan Guru menyahut, "Bila nak datang sini balik?"

"Besok", jawab Kyai Kholil.

Seketika itu Syech Abdul Ghoni memulas telinga Kholil, dan saat itu juga beliau sampai di Madura.

Besok paginya, Kyai Kholil mengajak lima oorang jirannya untuk ke Makkah dengan menaiki perahu sampan.

"Boleh kah?", tanya para jirannya yang ikut.

Kyai Kholil menjawab, boleh dengan izin Allah.

"Ayuh, mari kita membaca bersama : Ya Hayyu Ya Qoyyum, La Ilaha Illa Anta."

Kerana orang Madura saat itu masih banyak yang belum boleh baca Arab, hanya berkata "Kayum-Kayyum".

Akhirnya mereka dapat sampai di Makkah pagi itu juga.

Hal ini terjadi berkali-kali sehingga menjadikan orang Madura telah ramai sampai ke Makkah dengan bersama karamat wali ini.

Dengan itu,  kami ingatkan ijazah membaca :

Ya Hayyu Ya Qoyyum, La Ilaha Illa Anta 

Sebanyak 40 kali sebelum Solat Subuh sebagaimana ijazah yang di berikan oleh para masyayikh secara umum.


7 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Ya Hayyu Ya Qoyyum La Ilaha Illa Anta 40 Kali "

Dipersilakan tuan. Semoga diberkati Allah.

Mohon ijin mengkopi artikel amaliahnya. semoga membawa keberkahan semua..aamiien

Mohon izin ya Ustad untuk amalannya ini

silakan semua. semoga mendapat redha Allah.

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut